Thursday, 30 May 2013

BBM3410 : SALAM TERAKHIR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


NOOR ASHILAWANI MD SAMAN
159516





Ini adalah post terakhir untuk kelas Bahasa dan Multimedia. (sedih). Selama 14 minggu mengharungi suka, duka, pahit dan getir dalam kelas ini cukup memberi pelbagai makna dalam hidup saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Normaliza dan Dr Arbaie kerana memberikan cukup banyak kerja dalam subjek ini terutama sekali Dr Normaliza. Terima kasih Dr kerana berjaya membuatkan saya bekerja di bawah tekanan dan menjadi artis youtube buat seketika.

Berbalik kepada cerita Dr Normaliza, pada mulanya saya menjangkakan beliau seorang yang garang dan tegas. Tetapi sangkaan saya meleset apabila Dr Normaliza a.k.a Dr Notts membuat lawa jenaka dalam kelas yang pertama kali beliau masuk. Dr Notts seorang yang sangat mementingkan masa dan displin. Di dalam kelas ini, saya diajar supaya menepati masa dan berpakaian kemas (tidak boleh memakai selipar, terutamanya selipar jamban). 




  • Tugasan pertama yang diberikan oleh Dr Notts ialah asas grafik. Asas grafik terdiri daripada lima iaitu 
a) Mudah
- memahami konsep asas grafik.


b) Keseimbangan
- seimbang dari atas ke bawah
- seimbang dari kiri ke kanan

c) Kesesuaian
- sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan

d) Warna
- pemilihan warna sesuai dengan grafik

e) Teks
- saiz dan jenis font serta mesej sesuai dengan apa yang ingin disampaikan 



  • Untuk tugasan seterusnya, kami diajarkan tentang jenis-jenis shot iaitu:
Mug shot
- muka sahaja (seperti gambar pasport).
- ambil gambar tidak boleh nampak bahu/ leher)


Medium shot
- ambil gambar dari pinggang ke atas.
- jarak di atas kepala jangan terlalu luas


Full shot
- ambil gambar dari kepala sampai kaki (gambar penuh)





VIDEO ONE SHOT
  • Seterusnya, kami dikehendaki membuat Video One Shot. Kumpulan saya iaitu Kumpulan Aura Canti telah memilih lagu Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim). Di dalam video ini, kami dikehendaki melakukan miming, gaya, dan menari yang sesuai untuk dilakukan dalam lagu ini.
  • Pertama kali saya menari...(OH TIDAK!!!)...Dengan malu dan gerak tarian yang keras membuatkan saya tergelak sorang-sorang apabila menonton video ini semula. Semua ini menjadi pengalaman yang indah buat saya.
  • Saksikanlah video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE


VIDEO SERAM
  • Pengalaman yang saya peroleh saya menjayakan lakonan bersama kumpulan Aura Cantik ialah kumpulan kami perlu merangka jalan cerita saspen yang membuatkan penonton terus menanti-nanti jalan cerita yang seterusnya. Video ini menguji kami kerana kami pertama kali berlakon dan masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. 
  • Di dalam video ini, saya dan ahli kumpulan tidak dibenarkan bercakap. Hanya kesan bunyi (sound effect), jeritan dan tagisan sahaja dibenarkan. Keadaan ini juga susah bagi saya kerana sukar untuk membuatkan penonton memahami jalan cerita tanpa dialog. 

http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g




VIDEO TANPA WAJAH


  • Video tanpa wajah yang dilakukan oleh kumpulan kami hanya memfokuskan bahagian tangan. Jalan cerita perlu disusun dengan teliti bagi memastikan audiens memahami mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini. Video ini juga dilakukan tanpa menggunakan suara, hanya kesan bunyi dan lagu mengiringi lakonan yang kami lakukan. 





                                VIDEO BOLEH DAN TIDAK BOLEH


  • Hasil kerja ini dijalankan dengan kerjasama kumpulan Projek Production dan Ceritera Gadis.
  • Hasil perbicangan kami sepakat untuk membuat video boleh dan tidak boleh di perpustakaan. 
  • Video ini menerangkan perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat di dalam perpustakaan
  • Pengalaman yang saya dapat melalui pembikinan video ini ialah pentingnya kerjasama antara kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan komitmen kepada setiap tugasan yang dilakukan. Seterusnya, menepati waktu. Saya dan ahli kumpulan Aura Cantik perlu melakukan tugasan yang diberi mengikut waktu yang ditetapkan kerana proses pengeditan perlu dilakukan selepas lakonan selesai. Kemudian, video-video yang dihasilkan oleh ketiga-tiga kumpulan perlu digabungkan dalam satu video.
  • SAKSIKAN HASIL KERJA GABUNGAN TIGA KUMPULAN: AURA CANTIK, PROJEK PRODUCTION & CERITERA GADIS


http://www.youtube.com/watch?v=477QPvDZGQk




VIDEO KEBIASAAN 

  • Video ini memaparkan kebiasaan yang dilakukan oleh orang Malaysia, dilakonkan oleh ketiga-tiga kumpulan.





GAMBAR UNIK

  • Pada masa yang sama, ketiga-tiga kumpulan dikehendaki mengambil gambar unik iaitu gambar yang lain daripada yang lain.

http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg





Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr.Normaliza yang sudi mencurahkan ilmu dan tugasan yang tidak henti-henti. Kepada kumpulan Aura Cantik terima kasih saya ucapkan kerana sudi bertungkus lumus untuk menyiapkan yang diberikan, sudi membimbing insan seperti saya, sudi memberikan tunjuk ajar. Tanpa kalian, tidak terciptalah video-video dan tugasan-tugasan ini. 

No comments:

Post a Comment