Thursday 20 February 2014

Pada Suatu Ketika

Tanggal 21/02/2014 Politeknik Seberang Prai Setelah sekian lama meninggalkan blog ini, hari ini hatiku terpanggil untuk menjeguknya kembali. Maklumlah, rindu suasana zaman belajar dulu. Suasana di tempat kerja tak sama macam suasana di tempat belajar dulu.. Dulu makan, minum, duit poket semuanya ditanggung oleh mak ayah. Sekarang ni dah masuk alam pekerjaan semua kena tanggung sendiri.(RINDU ZAMAN BELAJAR) "HARGAILAH ZAMAN BELAJAR"

Thursday 30 May 2013

BBM3410 : SALAM TERAKHIR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


NOOR ASHILAWANI MD SAMAN
159516





Ini adalah post terakhir untuk kelas Bahasa dan Multimedia. (sedih). Selama 14 minggu mengharungi suka, duka, pahit dan getir dalam kelas ini cukup memberi pelbagai makna dalam hidup saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Normaliza dan Dr Arbaie kerana memberikan cukup banyak kerja dalam subjek ini terutama sekali Dr Normaliza. Terima kasih Dr kerana berjaya membuatkan saya bekerja di bawah tekanan dan menjadi artis youtube buat seketika.

Berbalik kepada cerita Dr Normaliza, pada mulanya saya menjangkakan beliau seorang yang garang dan tegas. Tetapi sangkaan saya meleset apabila Dr Normaliza a.k.a Dr Notts membuat lawa jenaka dalam kelas yang pertama kali beliau masuk. Dr Notts seorang yang sangat mementingkan masa dan displin. Di dalam kelas ini, saya diajar supaya menepati masa dan berpakaian kemas (tidak boleh memakai selipar, terutamanya selipar jamban). 




  • Tugasan pertama yang diberikan oleh Dr Notts ialah asas grafik. Asas grafik terdiri daripada lima iaitu 
a) Mudah
- memahami konsep asas grafik.


b) Keseimbangan
- seimbang dari atas ke bawah
- seimbang dari kiri ke kanan

c) Kesesuaian
- sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan

d) Warna
- pemilihan warna sesuai dengan grafik

e) Teks
- saiz dan jenis font serta mesej sesuai dengan apa yang ingin disampaikan 



  • Untuk tugasan seterusnya, kami diajarkan tentang jenis-jenis shot iaitu:
Mug shot
- muka sahaja (seperti gambar pasport).
- ambil gambar tidak boleh nampak bahu/ leher)


Medium shot
- ambil gambar dari pinggang ke atas.
- jarak di atas kepala jangan terlalu luas


Full shot
- ambil gambar dari kepala sampai kaki (gambar penuh)





VIDEO ONE SHOT
  • Seterusnya, kami dikehendaki membuat Video One Shot. Kumpulan saya iaitu Kumpulan Aura Canti telah memilih lagu Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim). Di dalam video ini, kami dikehendaki melakukan miming, gaya, dan menari yang sesuai untuk dilakukan dalam lagu ini.
  • Pertama kali saya menari...(OH TIDAK!!!)...Dengan malu dan gerak tarian yang keras membuatkan saya tergelak sorang-sorang apabila menonton video ini semula. Semua ini menjadi pengalaman yang indah buat saya.
  • Saksikanlah video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE


VIDEO SERAM
  • Pengalaman yang saya peroleh saya menjayakan lakonan bersama kumpulan Aura Cantik ialah kumpulan kami perlu merangka jalan cerita saspen yang membuatkan penonton terus menanti-nanti jalan cerita yang seterusnya. Video ini menguji kami kerana kami pertama kali berlakon dan masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. 
  • Di dalam video ini, saya dan ahli kumpulan tidak dibenarkan bercakap. Hanya kesan bunyi (sound effect), jeritan dan tagisan sahaja dibenarkan. Keadaan ini juga susah bagi saya kerana sukar untuk membuatkan penonton memahami jalan cerita tanpa dialog. 

http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g




VIDEO TANPA WAJAH


  • Video tanpa wajah yang dilakukan oleh kumpulan kami hanya memfokuskan bahagian tangan. Jalan cerita perlu disusun dengan teliti bagi memastikan audiens memahami mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ini. Video ini juga dilakukan tanpa menggunakan suara, hanya kesan bunyi dan lagu mengiringi lakonan yang kami lakukan. 





                                VIDEO BOLEH DAN TIDAK BOLEH


  • Hasil kerja ini dijalankan dengan kerjasama kumpulan Projek Production dan Ceritera Gadis.
  • Hasil perbicangan kami sepakat untuk membuat video boleh dan tidak boleh di perpustakaan. 
  • Video ini menerangkan perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat di dalam perpustakaan
  • Pengalaman yang saya dapat melalui pembikinan video ini ialah pentingnya kerjasama antara kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan komitmen kepada setiap tugasan yang dilakukan. Seterusnya, menepati waktu. Saya dan ahli kumpulan Aura Cantik perlu melakukan tugasan yang diberi mengikut waktu yang ditetapkan kerana proses pengeditan perlu dilakukan selepas lakonan selesai. Kemudian, video-video yang dihasilkan oleh ketiga-tiga kumpulan perlu digabungkan dalam satu video.
  • SAKSIKAN HASIL KERJA GABUNGAN TIGA KUMPULAN: AURA CANTIK, PROJEK PRODUCTION & CERITERA GADIS


http://www.youtube.com/watch?v=477QPvDZGQk




VIDEO KEBIASAAN 

  • Video ini memaparkan kebiasaan yang dilakukan oleh orang Malaysia, dilakonkan oleh ketiga-tiga kumpulan.





GAMBAR UNIK

  • Pada masa yang sama, ketiga-tiga kumpulan dikehendaki mengambil gambar unik iaitu gambar yang lain daripada yang lain.

http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg





Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr.Normaliza yang sudi mencurahkan ilmu dan tugasan yang tidak henti-henti. Kepada kumpulan Aura Cantik terima kasih saya ucapkan kerana sudi bertungkus lumus untuk menyiapkan yang diberikan, sudi membimbing insan seperti saya, sudi memberikan tunjuk ajar. Tanpa kalian, tidak terciptalah video-video dan tugasan-tugasan ini. 

Sunday 19 May 2013

WEBSITE BBM3410




Sila kunjungi website saya...
Di sini saya telah mempelajari cara-cara untuk membuat website sendiri.
Pengalaman ini akan saya gunakan untuk masa akan datang.

http://ashilawani.weebly.com/

Wednesday 17 April 2013

BBM3410 PENGALAMAN VIDEO SERAM UPM

Tugasan 3 ialah pembikinan video seram. Hasil perbincangan kumpulan kami iaitu Aura Cantik telah memilih untuk membuat video tentang pembunuhan. Penggambaran dimulakan selepas pembukaan cuti pertengahan semester iaitu pada 15 April 2013 dan penggambaran video ini diambil di sekitar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan di sekitar Kolej Serumpun.

Video ini perlu dirakam tanpa suara, hanya suara menjerit, bunyi tapak kaki, mimik muka, gaya, gerak geri yang perlu ada dalam video ini. Di samping itu, penggunaan sound effect juga perlu dimasukkan untuk menggambarkan situasi sebenar dan memberi kepuasan kepada penonton. Proses memasukkan sound effect ini dimasukkan semasa proses mengedit video.

Pengalaman yang saya perolehi semasa pembikinan video seram ini ialah setiap ahli kumpulan kami perlu memahami jalan cerita dan seterusnya mendalami watak masing-masing. Watak-watak yang dibawa perlulah sesuai dengan tindakan dan perbuatan pelakon. Di sini saya menghadapi masalah kerana saya perlu melakonkan watak sedih dan menangis kerana kehilangan sahabat baik. 

Aksi-aksi yang sukar dilakonkan, terpaksa dirakamkan beberapa kali untuk memenuhi kehendak jalan cerita. Misalnya aksi kejar mengejar, aksi pukul dengan beg duit, aksi menjerit perlu dirakamkan beberapa kali. Di sini kerjasama dan saling memahami antara ahli kumpulan sangat diperlukan untuk menjayakan video ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penggambaran VIDEO SERAM "BAHANA CEMBURU", terutama kepada Dr. Notts. 

SAKSIKANLAH VIDEO SERAM KAMI...!!!


Tuesday 9 April 2013

VIDEO ONE SHOT UPM

Tugasan yang berikutnya ialah Video One Shot. Kelas BBM3410 telah diberikan tugasan oleh Dr. Notts untuk menyiapkan video one shot iaitu kamera perlu diletakkan secara setempat dan tidak boleh berubah posisi, hanya orang sahaja boleh bergerak. Dalam video ini, setiap kumpulan dikehendaki memilih sebuah lagu yang akan dilakonkan dengan pelbagai gaya termasuklah menari, mimik muka dan miming. 

Setelah berbincang, kumpulan kami sepakat untuk memilih lagu Gadis dan Bunga, Rahimah Rahim. Kami telah berlatih menari mengikut rentak selama 2 hari sebelum video sebenar dirakamkan. Lokasi penggambaran yang dipilh ialah Taman Botani, Putrajaya. Oleh kerana tema yang dipilih ala-ala 90an, 
kami memakaikan pakaian ala-ala saloma gitu... 

Percubaan rakaman video kali kelapan baru kami berpuas hati. Hal ini demikian kerana terdapat bayak gangguan yang dihadapi iaitu orang ramai memerhati tarian kami, ada yang mengambil gambar, ada yang tersengih-sengih dan ada juga cleaner di Taman Botani yang meniru kami menari. Kumpulan kami terpaksa menebalkan muka untuk meneruskan juga video ini. 

Video yang terbaik dipilih, diedit dan dimuatnaik ke laman youtube. Kumpulan kami sangat berterima kasih kepada Siti Asma dan Wan Salmiah selaku jurukamera dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Normaliza selaku pengajar. 

SAKSIKANLAH http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE





SIMPULAN BAHASA UPM 

Minggu cuti pun kena update blog...Dr. Notts telah memberikan tugasan untuk kami memilih simpulan bahasa. Setiap kumpulan dikehendaki memilih 12 simpulan bahasa. Kumpulan kami telah memilih simpulan bahasa iaitu talam dua muka, bodoh sombong, pisau cukur, pasang dua, suara emas, bunting pelamin berat mulut, perut kosong, hati batu, tin kosong,busuk hati dan pilih kasih.

Setelah memilih simpulan bahasa tersebut, Dr. Notts menyuruh kami mengambil gambar dan menggayakan dan melakonkan watak berdasarkan maksud simpulan bahasa yang dipilih. Selepas itu, gambar yang diambil perlu dimasukkan ke dalam powerpoint dan akan ditanyangkan di dalam kelas.

Kumpulan kami telah mengambil gambar untuk tugasan kali ini di sekitar kawasan FBMK. Segala ilmu yang diperolehi akan saya manfaatkan untuk masa hadapan. 


                                                                      Pasang dua

                                                                          Hati batu

                                                                      Berat mulut 

                                                                  Bunting Pelamin

                                                                        Busuk hati

                                                               Pisau cukur
             
                                                                       Suara emas


                                                                      AURA CANTIK